Sunday 15 December 2013

JAWAPAN BAGI LATIHAN :)


SOALAN STRUKTUR

Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang disediakan di dalam kotak.



Bengkel   Basah   Formen  Direkodkan   Kecederaan    Kebakaran kecil     Keselamatan Kerja amali  Kotak pertolongan cemas     Membersih     Menyusun atur      Mendisiplin       Menilai       Terbakar

  1. Pengurusan BENGKEL yang baik dapat membantu kelancaran pelaksanaan tugasan semasa kerja.      
  2. Peraturan KESELAMATAN semasa didalam bengkel mestilah dipatuhi.
  3. Semangat bekerjasama semasa melakukan KERJA AMALI dan membersihkan bengkel harus dipupuk di dalam diri.
  4. FORMEN dilantik oleh guru dan terdiri daripada pelajar.
  5. Bahan yang mudah TERBAKAR mestilah diasingkan dan disimpan di dalam almari yang berkunci.
  6. Amalan 4M yang mesti dipatuhi semasa bekerja di bengkel ialah MENYUSUN ATUR, MEMBERSIH, MENDISIPLIN, MENILAI.
  7. Pastikan tangan tidak BASAH apabila menggunakan peralatan elektrik.
  8. Sebarang kehilangan atau kerosakan alatan atau bahan perlu dilaporkan kepada guru untuk DIREKODKAN.
  9. KOTAK PERTOLONGAN CEMAS perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan mudah diambil apabila berlaku kemalangan atau KECEDERAAN.
  10. Alat pemadam api digunakan untuk memadam KEBAKARAN KECIL sebelum merebak menjadi besar.