Sunday 14 December 2014

PENGENALAN

KESELAMATAN DALAM BENGKEL

 ASSALAMUALAIKUM





HELLO...SALAM PERKONGSIAN..SEMOGA BERMANFAAT HENDAKNYA..
IN SYAA ALLAH :) 






TAKRIFAN KESELAMATAN

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keaadaan selamat ataupun terhindar daripada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah di maklumkan kepada pengguna bagi menegelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang dinyatakandalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA-Occupational Safety andHealth Act 1994) iaitu pihak majikan bertanggungjawab menyediakan maklumat,arahan, latihan dan penyeliaan serta kemudahan bagi menjamin keselamatan dankesihatan pekerja. 

ASPEK KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN ELEKTRIK


Aspek Keselamatan  Penggunaan Elektrik :- 

  • Memastikan alatan elektrik dibumikan dengan betul; 
  • Memastikan suis elektrik dimatikan apabila menukar mentol atau mencabut plag; 
  • Tidak mencuba membaiki sendiri peralatan elektrik; 
  • Tidak menyentuh wayar elektrik yang terdedah; 
  • Tidak menggunakan sesuatu alatan elektrik jika didapati penebat wayarnya telah rosak; 
  • Tidak mengendalikan alatan elektrik dengan tangan yang basah; 
  • Tidak menggunakan alatan elektrik di tempat yang basah; 
  • Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik; 
  • Memastikan tamatan plag adalah betul apabila membuat pendawaian plag; 
  • Sekiranya berlaku kejutan elektrik, suis utama mesti dimatikan dengan serta merta; 
  • Tidak menarik mangsa kejutan elektrik dengan tangan sebaliknya asingkan mangsa dengan bahan kering atau bahan bukan logam. 

CARA PENGGUNAAN ALATAN KECEMASAN




Alat Pemadam Api












Cara menggunakan alat pemadam api :- 

  • Keluarkan pin picu 
  • Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api 
  • Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur. 




Kotak Pertolongan Cemas










  • Kotak pertolongan cemas perlu juga disediakan di dalam bengkel untuk merawat kecederaan. 
  • Kotak pertolongan cemas mengandungi beberapa jenis bahan seperti iodine, ubat antiseptic, kapas, gunting, plaster, pin, dan pembalut luka.

ETIKA DAN BUDAYA KERJA DALAM BENGKEL


  1. Amalkan etika dan budaya kerja yang betul semasa berada di dalam bengkel supaya murid mengamalkannya setelah mereka menempuh alam pekerjaan nanti.
  2. Contoh etika kerja adalah: 

    • Menepati waktu; 
    • Amanah; 
    • Patuh pada peraturan dan undang-undang. 
    1. Etika kerja adalah disiplin dan sikap anda terhadap kerja manakala budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sebuah organisasi. 
    2. Contoh budaya kerja ialah: 


      • Beratur ketika memasuki bengkel.
      • Mengucapkan salam kepada guru sebelum memulakan kerja.
      • Formen hendakkah memeriksa keadaan bengkel dan alatan serta membuat laporan. 

    TINGKAH LAKU DAN PAKAIAN


    Tingkah Laku Dan Pakaian


    Untuk mengelakkan kemalangan ketika berada di tempat kerja, beberapa peraturan hendaklah dipatuhi. Biasanya, di setiap bengkel terdapat peraturan am yang telah di tetapkan dan peraturan ini boleh dikelaskan kepada dua, iaitu:                  
    • Keselamatan diri 
    • Keselamatan di bengkel.

    Keselamatan diri 


    • Pengguna perlu mematuhi peraturan berpakaian ketika berada di bengkel.
    • Pengguna hendaklah mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan dan mengendalikan peralatan dan mesin semasa berada di tempat kerja.
    • Pengguna tidak dibenarkan bermain-main dan bergurau senda dengan rakan-rakan sama ada dengan peralatan dalam bengkel. 


    Keselamatan Di Bengkel 
    • Bengkel mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar. 
    • Bengkel mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah. 
    • Bengkel hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
    • Cara berpakaian juga perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pengguna ketika melaksanakan kerja. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu:



             (I)   Pakaian am
            (II)  Pakaian perlindungan
            (III) Peralatan perlindungan




    (I) Pakaian Am

    • Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai,iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pakaian yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan kerana mudah tersangkut pada peralatan dan mesin, terutamanya pada mesin yang sedang bergerak. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja.

    • Bagi pekerja lelaki, rambut mestilah pendek dan kemas.bagi pekerja perempuan yang berambut panjang pula,rambut hendaklah diikat supaya tidak tersangkut pada mesin yang sedang berputar. Perempuan yang memakai tudung hendaklah menyisipkan tudung ke dalam baju.

    • Barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah ditanggalkan sebelum kerja dimulakan. Barang-barang tersebut hendaklah disimpan kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku.



    (II) Pakaian Perlindungan




    • Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Kasut ini dapat melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat. Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.



    • Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan ketika memegang bahan kerja atau peralatan bagi mengelakkan kecederaan semasa kerja mengimpal, memotong dan merivet.



    • Apron atau pakaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit perlu dipakai bagi mengelakkan kecederaan pada tubuh ketika melakukan kerja mengimpal.


    (III) Peralatan Perlindungan


    • Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan.

    Sunday 7 December 2014

    STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL






    LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BERADA DI BENGKEL






      SEBELUM
          • Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan 
          • Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan 
          • Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan 
          • Ikat rambut dengan kemas dan pakai skaf supaya rambut tidak mengganggu penglihatan semasa melakukan kerja 
          • Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik 
          • Kawasan bengkel tidak berminyak 
          • Prihatin terhadap tanda amaran dan kawasan larangan 
          • Tidak membawa makanan dan minuman ke dalam bengkel 
          • Membaca manual mesin dengan teliti 
          • Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar. 
          • Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah 
          • Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut. 

     SEMASA

          • Tidak bergurau atau bermain ketika mengendalikan mesin. 
          • Berhati-hati semasa mengendalikan alatan dan mesin. 
          • Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan. 
          • Mendengar setiap arahan yang diberikan oleh pensyarah. 
          • Maklumkan kepada pensyarah sekiranya berlaku kerosakan. 

     SELEPAS

          • Bahan yang mudah terbakar , bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara. 
          • Simpan semua peralatan di tempat yang betul. 
          • Tutup semua peralatan yang menggunakan kuasa elektrik. 
          • Bengkel dibersihkan daripada sebarang sisa-sisa buangan samada sisa pepejal atau cecair. 
          • Tutup Semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari bengkel. 

    Monday 1 December 2014

    KESELAMATAN DIRI SENDIRI



    KESELAMATAN DIRI SENDIRI
    • Perlindungan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya , maka kita perlulah memakai alat perlindugan mata.
    • Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas siku.
    • Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam bengkel.
    • Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan apabila bekerja dengan bahan kimai.
    • Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang maka mestilah diikat atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.
    • Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam,rantai emas, loket , cincin dan lain-lain lagi.