Sunday 14 December 2014

TINGKAH LAKU DAN PAKAIAN


Tingkah Laku Dan Pakaian


Untuk mengelakkan kemalangan ketika berada di tempat kerja, beberapa peraturan hendaklah dipatuhi. Biasanya, di setiap bengkel terdapat peraturan am yang telah di tetapkan dan peraturan ini boleh dikelaskan kepada dua, iaitu:                  
  • Keselamatan diri 
  • Keselamatan di bengkel.

Keselamatan diri 


  • Pengguna perlu mematuhi peraturan berpakaian ketika berada di bengkel.
  • Pengguna hendaklah mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan dan mengendalikan peralatan dan mesin semasa berada di tempat kerja.
  • Pengguna tidak dibenarkan bermain-main dan bergurau senda dengan rakan-rakan sama ada dengan peralatan dalam bengkel. 


Keselamatan Di Bengkel 
  • Bengkel mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar. 
  • Bengkel mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah. 
  • Bengkel hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
  • Cara berpakaian juga perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pengguna ketika melaksanakan kerja. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu:



         (I)   Pakaian am
        (II)  Pakaian perlindungan
        (III) Peralatan perlindungan




(I) Pakaian Am

  • Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai,iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pakaian yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan kerana mudah tersangkut pada peralatan dan mesin, terutamanya pada mesin yang sedang bergerak. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja.

  • Bagi pekerja lelaki, rambut mestilah pendek dan kemas.bagi pekerja perempuan yang berambut panjang pula,rambut hendaklah diikat supaya tidak tersangkut pada mesin yang sedang berputar. Perempuan yang memakai tudung hendaklah menyisipkan tudung ke dalam baju.

  • Barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah ditanggalkan sebelum kerja dimulakan. Barang-barang tersebut hendaklah disimpan kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku.



(II) Pakaian Perlindungan




  • Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Kasut ini dapat melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat. Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.



  • Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan ketika memegang bahan kerja atau peralatan bagi mengelakkan kecederaan semasa kerja mengimpal, memotong dan merivet.



  • Apron atau pakaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit perlu dipakai bagi mengelakkan kecederaan pada tubuh ketika melakukan kerja mengimpal.


(III) Peralatan Perlindungan


  • Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan.

No comments:

Post a Comment